Search This Blog

Loading...

Sunday, February 21, 2010

Calling Malays to join counter movement to oppose Perkasa and extremists

Perkasa, led by king from Ibrahim Ali who won Parliamentary seat on PAS ticket, is creating a dangerous situation in Malaysia by pressuring for Ketuanan Melayu (Malay Supremacy), denying legitimate rights of non-Malay and non-Muslim, inflaming racial and religious hatred.

I would like to inform Malay Malaysians that Suflan Shamsuddin has started an initiative to form a Malay counter movement and hope you will join him at Facebook: Tabung Idea Mengukuh Martabat Melayu (Accumulation of ideas to strength Malay respect?).

Here is his writing in Bahasa Malaysia:

Dengan keberleluasaan retorik perkauman yang kononnya diajukan demi kepentingan orang Melayu, bukankah elok jika suara yang memberi pandangan alternatif melalui satu pergerakan yang berkesan diberikan dengan kelantangan yang setanding?
Walaupun Perkasa dan mereka yang bersekepala inginkan supaya orang ramai percaya bahawa orang Melayu semuanya bersatu menyokong konsep Ketuanan Melayu, tetapi sebenarnya ramai daripada orang kita yang memandang ideologi itu sebagai sesuatu yang tidak berwibawa... (read more)

From Suflan Shamsuddin: Tiba Masanya Untuk Pergerakan Melayu Alternatif?

Tiba Masanya Untuk Pergerakan Melayu Alternatif?

Dengan keberleluasaannya retorik perkauman yang kononnya diajukan kononnya demi kepentingan orang Melayu, bukankah elok jika suara yang memberi pandangan alternatif, melalui satu pergerakan yang berkesan, diberikan dengan kelantangan yang setanding?

Walaupun badan-badan NGO Melayu yang berhaluan kanan inginkan supaya orang ramai percaya bahawa orang Melayu semuanya bersatu menyokong konsep Ketuanan Melayu, tetapi sebenarnya ramai daripada orang kita yang memandang ideologi itu sebagai sesuatu yang tidak berwibawa dan tidak berlandaskan ajaran Islam, dan oleh itu tidak boleh diterima pakai. Ramai dari kita juga perpandangan berpandangan bahawa falsafah ini cuma akan melemahkan masyarakat Melayu itu sendiri, kerana ia menghindar penerapan nilai keteguhan dan akauntabiliti diri, ia menyekat pembangunan pemikiran kritikal yang berasaskan maklumat, dan ia mendorong pendekatan mengambil jalan yang senang dan bergantung kepada system naungan. Selain dari itu, pendekatan sedemikian tidak memberi dorongan positif supaya bermain bersifat adil, ia menyekat pemahapan pemahaman betapa mustahaknya perbezaan pemikiran dan bertindak secara inklusif, dan ia mewujudkan sebab kenapa tidak perlu menjadi kompetitif dan berkerja keras.

Hari ini, ramai orang Melayu berkongsi pandangan dengan orang Malaysia yang lain, bahawa walaupun program kerajaan memperimbangkan ekonomi berasaskan keperluan yang dihadkan dari segi masa mempunyai nilai, pemberian yang tidak ada hujung pangkal berasaskan hak-hak istimewa adalah seperti dadah. Ini adalah kerana ianya menimbulkan satu ketagihan dengan pemberian berasaskan naungan dari ‘mereka yang berkuasa’, yang akan membantutkan dan meracuni hidup mereka yang menerima. Dengan itu, maka wujudlah sistem elitisma dan kronisma, didorong dan disokong oleh mereka yang memerlui, dan yang memberi, perlindungan dan naungan tersebut. Dengan sumber-sumber mulai ketandusan, terdapat satu perasaan takut bahawa akan adanya satu detik waktu tegang, mengancam dan berkemunkinan ganas di mana kebiasaan kemewahan ini tidak dapat dikecapi lagi.

Maka timbullah satu idea untuk menubuhkan satu pergerakan Melayu alternatif untuk menyuarakan pandangan tersebut. Jika pergerakan ini dapat dijadikan kenyataan, ianya akan cuba memajukan budaya dan pemikiran Melayu, yang menolak Ketuanan Melayu, dan yang dibentuk berlandaskan nilai-nilai murni dan mulia Islam dan universal, seperti kewibawaan, keteguhan diri, keberdikariankemampuan berdikari, keinginan memperbaikki keadaan diri, toleransi, dan perasaan saling hormat menghormati. Pergerakan ini akan beroperasi sebagai satu pertubuhan yang independen dan tidak menyokong mana-mana parti politik, supaya ianya pergerakan ini dapat bertindak berasaskan prinsip moral yang lengkap dan teguh untuk membela nasib masyarakat Melayu.

Ianya akan mengkaji dan mempromosi kefahaman mengenai masalah yang menghindari kejayaan orang–orang Melayu. Ianya akan cuba mempengaruhi pembentukan polisi-polisidasar-dasar dan akan bertukar-tukar fikiran dengan badan-badan kerajaan, parti-parti politik, dan masyarakat sivil dan seterusnya. Ianya akan cuba melahirkan idea-idea baru untuk menangani masalah kenapa orang Melayu tidak seberjaya dan sematang sebagaimana sepatutnya, memandangkan banyaknya peluang-peluang yang diberi sejak lima puloh tahun yang lepas. Akhirnya, ia akan membina dan menampilkan satu kefahaman baru kepada masyarakat Melayu mengapa tatacara hidup sebegini akan membawa kejayaan dan kebahagian, baik di dunia mahupun di akhirat.

Untuk Pergerakan ini betul-betul berkesan, ianya perlu dibentuk sebagai satu Pergerakan untuk orang Melayu sahaja, dan ahli-ahlinya mestilah terdiri dari segenapan lapisan masyarakat Melayu, baik dari segi jantina, umur, atau latarbelakang. Ini adalah kerana perjuangannya adalah untuk memenangi pemikiran dan perasaan masyarakat Melayu itu sendiri. Ini, sudah tentu, akan menghindari penglibatan mereka yang tidak berasa senang untuk menyokong satu Pergerakan yang hanya dikhaskan untuk orang Melayu sahaja, walaupun mungkin ada di antara mereka yang akan melihat nilainya dalam memberi tentangan kepada suara-suara ekstrim yang datang dari pertubuhan Melayu haluan kanan. Walaubagaimanapun, ianya pergerakan yang dicadangkan itu mungkin dapat menarik minat dari mereka yang merasakan perlu, dan ingin tolongmembantu, berganding bahu untuk mencapai pertukaran perubahan pemikiran mind-set yang bererti di dalam masyarakat mereka, sebagai satu matlamat tersendiri, dan juga sebagai satu jalan untuk mencapai satu negara Malaysia yang lebih baik mantap dan murni.

Sepatutnya, individu-individu Melayu yang ulung, terbilang dan tidak berpolitik, dan yang dihormati oleh seluruh lapisan masyarakat di Malaysia, memainkan peranan dalam Pergerakan ini. Individu-individu ini, yang telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing tanpa kesan buruk dari polisi-polisi berlandaskan Ketuanan Melayu, dapat menentukan supaya Pergerakan ini mempunyai kredibiliti, bertindak secara independen dan berhalukan berhaluan pegangan bermoral, dan tidak dicemari oleh muslihat mana-mana individu atau parti politik.

Walaupun Pergerakan ini tidak menyokong mana-mana partibergerak secara parti-parti politik, ianya patut menarik minat ahli-ahli parti-parti politik Melayu, yang inginkan perkara yang sama untuk masyarakat mereka. Mereka ini mungkin menyokong Pergerakan pergerakan ini kerana sama-sama berkongsi keinginan untuk menyingkir paradigma yang lama dan bankrap yang berasaskan sistem naungan dan perasaan tidak senang dengan kebolehan diri, dan yang ketandusan toleransi ugama dan perkauman. Mereka mungkin bersepadu ingin menggantikannya dengan sesuatu yang membina keyakinan diri dan kebolehan orang Melayu untuk berdayasaing dan memberi sumbangan, secara jujur dan adil, dan berjaya. Walaupun demikian, supaya kredibiliti dan status independen tidak tercabar, pemimpin-pemimpin politik dan ahli parti yang aktif mesti menerima hakikat bahawa penglibatan mereka dihadkan kepada peranan menyokong Pergerakan sahaja, dan bukan untuk memimpin Pergerakan ini ataupun cuba mempengaruhi tindak-tanduknya.

Sepatutnya, pemimpin-pemimpin politik Melayu yang inginkan satu negara Malaysia yang bersatu dan yang berkesan, akan menyokong penubuhan Pergerakan ini, kerana semakin besar sokongan yang diberi kepada Pergerakan tersebut oleh masyarakat Melayu, maka makin kuranglah perlunya keprihatinan terhadap sentimen-sentimen mereka-mereka yang ekstremis dan rasis, di luar dan di dalam parti.

Akhirkata, Pergerakan ini tidak patut dilihat sebagai sesuatu percubaan untuk terus mengasingkan orang Melayu dari orang bukan Melayu. Ia tidak boleh dilihat sebagai mencabari kewujudan satu Malaysia yang inklusif. Sebaliknya ia patut dilihat sebagai landasan untuk menolong orang Melayu supaya mengambil langkah awal dan mustahak untuk kecapi mengecapi pembentukan Bangsa Malaysia yang masih menjadi hanya bayangan, dalam jangkamasa panjang.

Hari in, Pergerakan ini hanya satu idea. Sekiranya anda berminat untuk menyokong dan menyumbang kepada idea ini, sila jadi ahli Facebook group Tabung Idea Mengukuhkan Martabat Melayu (TIM3) yang baru saja saya sediakan untuk mengumpul idea-idea dan komen-komen mengenai cadangan ini.

No comments: